PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana di atas kurniaanNya, saya diberi kesempatan untuk menulis sedikit coretan pada ruang ini. Saya mula menjinakkan diri saya terhadap blog ini pada bulan Ogos 2017. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus bagi subjek Kemahiran Belajar untuk PPISMP semester 1. Di sini saya lampirkan serba sedikit tentang diri saya.

Nama diberi Nurul Fatinajihah Binti Zulikipli dan berasal dari Besut, Terengganu. Kedua-dua ibu bapa saya bekerja sebagai seorang guru di Terengganu. Saya mempunyai 6 orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Saya belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan saya baru sahaja mendaftar diri saya pada 10 Julai 2017 yang lepas.

Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambung pelajaran saya di IPGKPM kerana saya sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang guru sejak kecil lagi. Doakan saya moga dapat menghabiskan pelajaran saya di IPGKPM dengan jayanya.

 

IMG_20170830_150439

Mari mengenal bentuk

MENGENAL BENTUK [Autosaved]

PENGENALAN

  • Bentuk merupakan benda yang mengandungi dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada permukaan rata atau melengkung.
  • Secara amnya bentuk merujuk kepada rupa dan konfigurasi sesuatu objek

JENIS-JENIS BENTUK

  • 2 dimensi
  • 3 dimensi

BENTUK 2 DIMENSI

Bentuk 2 dimensi ialah bentuk yang mengandungi panjang dan lebar kecuali bentuk bulatan. Bentuk ini juga mempunyai permukaan rata dan sisi sama ada lurus atau melengkung.

CONTOH DAN CIRI-CIRI BENTUK 2 DIMENSI

  1. images
  • Mempunyai 4 bucu
  • Mempunyai 4 sisi yang sama panjang
  • Mempunyai 1 permukaan rata

2. bentuk-2-dimensi-2-728

  • Mempunyai 4 sisi
  • Mempunyai 4 sisi (2 pasang sisi yang panjang berlainan)
  • Mempunyai 1 permukaan rata

3. bentuk-2-dimensi-3-728

  • Mempunyai 3 bucu
  • Mempunyai 3 sisi yang sama panjang
  • Mempunyai 1 permukaan rata

4. bentuk-2-dimensi-4-728

  • Mempunyai 1 sisi melengkung
  • Mempunyai 1 permukaan rata
  • Tidak mempunyai bucu

5. images (1)

  • Mempunyai 1 sisi melengkung
  • Mempuyai 1 permukaan rata
  • Tidak mempunyai bucu

BENTUK 3 DIMENSI

Bentuk 3 dimensi adalah bentuk yang mengandungi panjang, lebar dan kedalaman. Bentuk ini juga mempunyai permukaan rata atau melengkung.

CONTOH DAN CIRI-CIRI BENTUK 3D

  1.  KUBUS

images (3)

  • Mempunyai 6 permukaan yang sama
  • Mempunyai 8 bucu
  • Mempunyai 12 sisi yang sama panjang

2. KUBOID

DSC_0403

  • Mempunyai 6 permukaan rata
  • Mempunyai 12 sisi
  • Mempunai 8 bucu

3. PIRAMID

images (2)

  • Mempunyai 5 permukaan rata
  • Mempunyai 5 bucu
  • Mempunyai 8 sisi

4. SILINDER

s-l1000

  • Mempunyai 2 permukaan rata
  • Mempunyai 1 permukaan melengkung
  • Tidak mempunyai bucu

5. KON

262504

  • Mempunyai 1 permukaan rata
  • Mempunyai 1 bucu

6. SFERA

sfera

  • Mempunyai 1 permukaan melengkung